Salam Satu Malaysia. Hai Amoi dan Apek !
Okay, aku nak start post aku dengan soalan untuk korang fikir-fikir kan otak korang yang bijak laksana itu. Ini soalannya,
- Kalau kau jumpa lelaki Handsome@Perempuan cantik, Apa pandangan kau?
- Kalau kau jumpa perempuan Bertudung, Apa pandangan kau?
- Kalau kau jumpa Mat Rempit, Apa pandangan kau?
- Kalau kau jumpa orang berpakaian Sakai, Apa pandangan kau?
- Kalau kau jumpa orang yang hisap Rokok, Apa pandangan kau?
Dah dapat jawapan? okay, simpan dalam pale otak korang elok-elok sebab aku tau after korang baca post ini aku dapat rasakan yang jawapan korang akan berubah..
Kita manusia, kita selalu menilai orang lain daripada RUPA PARAS, then baru kita judge orang itu melalui attitude dan sebangainya, betul kan? So korang percaya yang pandangan pertama korang terhadap seseorang itu adalah betul? Tiory mengatakan "manusia akan berfikir dan menilai sesuatu melalui pandangan mereka, dan mereka tidak tahu bahawa hanya 20% apa yang mereka fikirkan adalah betul" . 20% jea betul? SIKIT GILA KAN?
Semua orang ada cara masing-masing untuk menilai seseorang, ada orang menilai orang lain dari segi percakapan, ada juga dari segi rupa paras dan tingkahlaku. Tapi aku tak. Aku menilai orang dengan cara aku akan melihat kekurangan sesorang itu dahulu, then baru aku lihat kebaikan. Ada sebab kenapa aku berpandangan macam nih..
Tapi aku tahu, ramai yang kat luar sana akan seselalu berpandangan baik terhadap manusia yang lain, dan akhirnya mereka tertipu dan dikecewakan. Ini disebabkan apa? Sebab mereka terlampau berpandangan baik dan mereka tidak pernah untuk berfikir jika sesuatu yang negetif akan berlaku, mereka hanya fikir benda indah sahaja. Mana boleh dowh, Hidup nie kena seimbang, memang tak salah kalau korang nak pandang baik pada orang lain, but, korang tak boleh nak expect yang baik itu baik, dan jahat itu jahat. KORANG SALAH.
-BUDAK HISAP ROKOK. JAHAT?
*Ada yang berfikiran macam nih, "die hisap rokok eh? okay, die budak bermasalah!" weyh weyh ! aku nak cakap sikit, ingat budak jahat jea ke yang hisap rokok? Budak baik pun hisap rokok lahh. Salah kalau korang beranggapan semua yang hisap rokok nih jahat, sbb aku tengok perempuan sekarang selalu berpandangan yang budak-budak lelaki yang hisap rokok korang "cop" sebagai budak yang "bermasalah" , habis budak pakai tudung tuh baik sangat ka? Pakai tudung tapi peluk laki dia depan public konon macam dah kahwin. Apa kes?
Aku bukan nak back-up sape-sape kat sini keh, jangan nak salah anggap. Aku secara jujurnya memang aku tak suka kepada perokok, lagi-lagi kalau mereka hembus asap rokok kat muka aku, memang macam shiiiitttt. SAKIT DADA AKU BIUL ! Dan aku bukan seorang perokok. Tapi pendapat aku, budak yang hisap rokok nih bukan BUDAK JAHAT. Dorang just terpengaruh daripada kawan-kawan dorang yang hisap rokok.
okay, nih memang takde adap. Elok cekek jea masa dia kecik-kecik dlu.
Dan hampir semua perokok menyesal sebab mereka mula merokok, sebab mereka tau yang mereka susah untuk berhenti merokok. AKU TAU SEBAB HAMPIR SEMUA KAWAN AKU ADALAH PEROKOK TEGAR. Aku selalu tanya dorang, kenapa merekok? best ke? Dan jawapan dorang semua sama. "Aku pun tak tau la nak cakap macam mana, aku menyesal dowh sbb start hisap rokok,susah nak berhenti" , dan akhir kata dorang mesti macam nih ; "Kay kau tak hisap rokok kan? So jangan nak start, kalau kau start hisap rokok aku panggil sume tok pukul kau, bia mampus terus"
Jadi korang still lagi nak difinisikan dorang sebagai budak jahat? Korang fikir lah sendiri. Masing-masing ada pendapat masing-masing. Aku tak tau lah, masa aku kat asrama, budak-budak yang hisap rokok sume Cikgu kata jahat, keji habis-habis. Yang belakon depan cikgu sume cikgu puji habis. TAK TAU YANG BUDAK BAIK TUH TALAM BERATUS MUKA DEPAN CIKGU.
YES ! Aku memang benci lelaki yang merokok sebab dorang nak tunjuk macho. Banyak weyh kat sekolah aku macam tu. Hisap rokok sebab nak tunjuk bagus. Aku nak tanya? Macho ke? Bagus ke kalau hisap rokok? Perokok yang lain pun tak merokok menunjuk-nunjuk. Dorang hisap rokok sebab dorang dah habit. Tu tak kisah lahh. Nih hisap rokok sebab nak tunjuk bagus, then bila lepaskan asap bajek buat asap bulat bulat. SUMPAH MENGGELABAH !
Sepanjang zaman persekolahan aku diasrama, aku belajar byak perkara, dan yang paling aku takkan lupa is kawan rapat aku sendiri tikam aku dari belakang, dan budak yang aku benci plak yang tolong aku habis-habisan. Kat situ aku belajar byak perkara.
Budak-budak yang diketegorikan sebagai "jahat" kat sekolah ataupun asrama sebenarnya dorang tak lah jahat mana. Dorang just "nakal" dan dorang mempunyai sifat menentang yang tinggi. Thats all. Dan kadang-kadang dorang sume lebih baik daripada budak yang kononya baik kat sekolah tuuu. Aku lebih selesa bergaul dengan budak yang diketegorikan sebagai "nakal" daripada budak yang CIKGU SUME KATA BAIK. Padahalll,perangai macam harammmm. Tapi memang ada yang betul-betul baik, but sangat lah sikit jumlahnya. Aku tulis kat sini sume based on pengalaman aku. First year aku kat sekolah asrama, masa tu aku form 4, aku kawan dengan budak yang baik jea, means aku kawan dengan budak yang agak nerd lahh. Dan time tu aku sangat benci budak yang diketegorikan sebagai "jahat" kat sekolah uh, memang aku benci habis. Sebab aku ingat dorang "jahat"
Then msuk Second year aku kat sekolah tuh, Form 5, aku tengok macam-macam berlaku, perkara pertama is aku kena tipu dengan kawan rapat aku sendiri (yang guys jea, yang Girl sume sayang kat aku. HAHA) , then kawan aku sendiri curi barang peribadi aku. (handphone, diari?? ) Start dari waktu tu lah aku mula untuk bergaul dengan budak yang diketegorikan sebagai "Jahat" dan budak yang aku benci.
Salah sorang (eh, dua orang, tak, tiga orang, entah, semua nakal kot) budak jahat dalam sekolah merupakan budak kelas aku, budak kelas aku hampir semua lelaki. Ada 3girls jea dalam kelas. So pandangan kitewang sume memang terhad terhadap girls. Maklumlah kalau dah kelas ramai LELAKI memang kelas kitewang la selalu buat bising and perkara-perkara yang nakal yang lain. TAPI KELAS KTEWANG KELAS PALING PANDAI TAHUN 2010/2011. CIkgu BI aku yang cakap. Kalau aku salah, means cikgu BI aku tipu la tuh. Tapi aku rasa betul. MEMANG BETUL PUN KELAS AKU BANYAK BUDAK PANDAI. Tapi aku la yang buat kelas tuh drop.
Aku mula duduk dengan budak yang nakal dalam kelas aku. Ada Dua orang yang boleh diketegorikan sebagai "JAHAT" jugak lah. Mana taknye, cakap jea kesalahan apa, sume dwang pernah buat. Setakat pukul orang, itu kebiasaan dah, sebek aku tak pernah kena pukul ngan budak lain. AKU KAN BAIK. HAHA. Bila aku dah kenal budak "JAHAT" nih, lama-kelamaan anggapan aku kat dorang salah. Sememangnya dorang ada juga sifat yang baik dalam hati dorang. Bila berlajar, dorang mesti akan tolong aku, kalau ada orang tak puas hati, mesti dorang akan tolong selesaikan masalah aku, kalau aku bosan mesti dorang hiburkan aku. Bukan macam budak yang kononya baik, bila aku mintak ajar, kata tak rety nak ajar lah, bila aku mintak tolong kata tak tau mcm mana nak tolong lah. ITU KAH YANG DIKATAKAN BAIK?
Budak yang aku dulu fikir "JAHAT" bagi aku, dorang tak. Dorang just tunjukkan perkara negetif dorang jea, dorang tak tunjukkan sifat positive dorang secara terang-terangan. Bagi aku, lagi bagus kalau kau buat jahat depan-depan, dari kau buat jahat belakang dan depan-depan kau berlagak ANGEL YANG DITURUNKAN DARI SYURGAAA. PERGH ! NYIRAP NYIRAP !
Wife aku, jangan kacau, syoh syoh ! OH ANNE. Neek week kita makan madu kat bulan okay?
Lama-kelamaaan, budak-budak yang aku benci dah rapat dengan aku. Tak salah kalau nak aku nak kata kitewang dah bestfriends. Dan apa yang aku perasan, dorang sememangnye sangat jujur, kalau dorang tak puas hati dorang terus cakap, kalau dorang rasa aku ada buat salah terus dorang tegur, kalau aku leka dorang selalu sedarkan aku. Yah, memang selama nih pandangan aku kat dorang meleset. Senang kata dorang akan jujur dalam segala perkara, dan dorang berfikiran sangat terbuka, dan terima aku seadanya.
Aku akui, selepas aku bergaul dengan dorang semua attitude aku sedikit berbeza, aku selalu berborak ngan dorang kat belakang kelas, (aku dok belakang dalam kelas sebab depan sume dak pandai dah amik) Aku mula kena marah dengan cikgu sebab selalu tak focus, dok bergurau jea kat belakang, (cikgu add math selalu marah kami bertiga, aku dan kawan aku lagi dua orang tuh. time nih dah jadi geng dah) Even kitewang selalu kena tegur dengan cikgu, but marks kitewang tak lah teruk sangat. Dan time result SPM, result budak-budak nakal nih yang aku tengok lagi gempak dari budak yang study 24jam. Hebat kan?
Dan bila aku dah start kawan dengan budak yang kononya "nakal" nih, aku mesti dapat pandangan macam nih. "kay, kau lepak ngan budak-budak tu ke? bukan ke dorang suke buat masalah kat sekolah and asrama? kau nih,dah sure-sure masa depan budak-budak tuh gelap, kau kawan lagi dengan budak-budak macam tu, apelaaa". Aku balas.
So, sampai sekarang aku still lagi contact budak-budak tuh, budak yang baik sume hilang kemana pun aku tak tau. Tapi ada juga yang dari dulu baik, sekarang pun baik juga. Dulu aku pandang dorang jahat, tapi tidak. Budak yang aku pandang baik last-last jadi hantu kat belakang aku. Inilah kehidupan. Jadi start dari kejadian tuh, aku tak kan pandang seseorang itu baik, dan aku tak kan pandang seseorang itu jahat. Bagi aku, kita manusia, masing-masing ada baik dan buruk dalam diri kita.Aku tak suka mengatakan, budak tu baik, budak tu jahat. Sebab NABI MUHAMMAD S.A.W SAHAJA YANG PERFECT DIANTARA MANUSIA DIDUNIA INI.
anak aku dengan Anne Hathaway. Muka ikut belah bapak kan?
Dan korang setuju tak pandangan aku terhadap manusia lain? Pandang buruk dulu, then pandang yang baik. Sebab manusia nih, kalau asyik pandang yang baik jea, sekali dia terpandang yang jahat, terus dia akan mendefinasikan yang baik itu jahat. Tapi kalau korang pandang seseorang itu jahat, then korang jumpa kebaikan orang itu, mesty korang akan sedar yang dorang tu tak lah jahat mana. kan kan?
Jadi, kalau korang nak describe seseorang tu korang perlu ambil masa. Korang tak leh nk trus jea menilai seseorang itu secara melulu, jangan ingat yang cantik itu indah, yang buruk itu hodoh. Takut korang tersalah pilih pulak. Jumpa lagi nanti ya. Pape hal comment kat bawah, aku akan balas secepat yang mungkin.
muka baik en? Dalam hati siapa tahu? tantah pernah bunuh orang. HAHA.
Chow, :)









pic mcm ade janggut je kay??? hehe
ReplyDeletedah dewasa lah tu?haha
janggut kebendenye, cahaya tuu.
ReplyDeletejanggut comel dowh.
;)
Salam Kay..;)
ReplyDeletenice post, nice thought..like english phrase "dont judge the book by its cover"
Ada sahabat berpesan:
Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan kedalam hati agar iman akan bertambah,aqidah dan akhlak juga akan terjaga.Spread the positive energy and it will return to us..its just a matter of time.InsyALLAH;) keep it up!
** muka awak memang muka budak baik arr..x qualified jadik budak jahat:)
thanks anonymous. yah, betul-betul, sejutu bangat. hee,
ReplyDeletemuka baik? tak la baik sangat kot. hahaha
thanks lots ya, opinion yg sgt menarik. :)
Salam Kay,
ReplyDeleteNo problem at all..your point of views really make sense, it makes me realize how people gone through with their life and moments.
”Kekuatan paling besar yang dapat dilakukan seseorang untuk mengubah dunia adalah dengan mengubah sudut pandang (Paradigma) kita secara positif terhadap alam semesta dan sesama manusia, serta kemudiaan mempraktikkannya.” –Shakti Gwain-
**muka awak memang muka budak baik...muka comel,cute2 gitu..nakal tu biasa2 la..sume org ada..takpe saya doakan awak jadik budak baik, OK:)**
Anonymous : suka phrase Shakti Gwain tuh, mana dapat? haha
ReplyDeletedoalah kan dapat jadi budak yang cemerlang sekali dalam hidup. HAHA, mintak lelebih plak en.
:)
InsyaAllah Kay..as a muslim we should encourage and pray for our brothers and sisters for good.tapi diri sendiri kena usaha dan doa lebih, then leave the rest to ALLAH after that.
ReplyDeleteyah, correct. THANKS. :)
ReplyDeleteOkaaay sgt suka :p sgt setuju juga sebab ada pengalaman ! Hhe
ReplyDeleteHAHA, orang ada pengalaman memang memahami. :P
ReplyDelete